Apakah Serum?





MENGAPA MEMILIH SERUM?

Anda tidaklah keseorangan jika masih belum benar-benar pasti apakah itu SERUM. Anda mungkin memiliki beberapa jenis serum di rumah, namun mungkin masih kurang arif dengan penggunaannya. Sungguh mengelirukan, ia melembapkan tetapi masih perlu memakai pelembap. Ia mengandungi kandungan minyak namun bukanlah minyak muka (face oil).




APAKAH SERUM?

Serum merupakan produk skincare yang dipakai selepas rutin membersih dan sebelum mengenakan pelembap.

Cleanser         ---             Toner        ---           Serum        ---        Moisturizer
(Pembersih)                (Penyegar)                  (Serum)                 (Pelembap)




Penggunaan serum bertujuan membekalkan kandungan bermanafaat secara langsung ke dalam lapisan kulit paling dalam. "Serum" dikenalpasti lebih sesuai untuk menggalas peranan sebagai pembawa kandungan nutrien dan bahan-bahan bermanafaat untuk diserap jauh ke dalam lapisan kulit; memandangkan serum diperbuat daripada molekul yang jauh lebih kecil. Ia mampu menyerap lebih jauh ke dalam lapisan kulit untuk membekalkan nilai konsentrasi tinggi melalui bahan-bahan aktif dan nutrien yang terkandung di dalamnya. Oleh sebab itu jugalah, serum dipilih sebagai medium terbaik untuk menangani masalah khusus dalam penjagaan dan perawatan kulit, contohnya masalah kesan kedutan atau kurang keanjalan pada kulit. Katakan selamat tinggal kepada tanda-tanda penuaan!




ADAKAH SERUM JUGA PELEMBAP?

Ya dan tidak. Serum mungkin kaya dengan bahan atau agen pelembap seperti hyaluronic acid atau ceramides di mana bahan ini membantu kulit memerangkap lembapan. Namun, ia tidaklah bermakna Serum boleh menggantikan pelembap dalam konteks kebiasaan. Losyen muka dan krim adalah jauh lebih padat berbanding serum untuk membina penghadang lembapan pada permukaan kulit bagi memerangkap bahan bahan yang baik. Jadi, anda masih memerlukan moisturizer atau pelembap setelah menyapu serum sebagai lapisan pemerangkap lembapan supaya kekal berada di bawah lapisan kulit bagi mengekalkan keanjalan.




KADAR KEKERAPAN PENGGUNAAN SERUM?

Semuanya bergantung kepada jenis serum yang anda gunakan. Sila rujuk kepada arahan penggunaan pada serum yang anda miliki, namun kebiasaannya sekali atau dua kali sehari sudah pun memadai..




PERBEZAAN ANTARA SERUM DAN FACE OIL?

Soalan yang baik. Sewajarnya, semua serum adalah berasaskan air. Namun, memandangkan penghasilan face oil sedang berkembang meluas dan popular pada saat kini (dan semakin banyak produk Face Oil yang sedang membanjiri pasaran terkini), maka dengan itu juga lebih banyaklah Face Oil yang dipasarkan sebagai 'serum.'

Namun, Face Oil bukanlah serum kerana serum sewajarnya mempunyai molekul yang lebih halus berasaskan air, bukannya minyak. 




"You have the water-based serums and the oil-based serums. Water-based serums go under the cream and they are so important. They nourish the inner layer of the skin because the molecule is very small so it penetrates—because of the P50, of course. The oil-based serums go on top of the moisturizer because they have a bigger molecule. They're supposed to keep the cream and whatever you put underneath moist during the entire day. There are so many products out there and everybody claims that it’s the best, so consumers are confused as to what works for them."


BAGAIMANA DENGAN ESSENCE? ADAKAH ESSENCE JUGA SERUM?

Jika berpandukan kepada rutin penggunaan bagi kedua jenis produk ini, yang mana pemakaiannya didahului dengan proses membersih dan diikuti dengan penyapuan pelembap, dan juga fungsi penggunaan bagi keduanya yang lebih tertumpu dan terfokus bagi menangani masalah-masalah tertentu berbanding dengan pelembap atau moisturizer biasa, maka Essence juga boleh dikategorikan sebagai serum atas sebab-sebab tersebut dengan syarat ianya lightweight atau bertekstur ringan dan mudah diserap oleh lapisan kulit tanpa lekitan. 

Jikapun ada kelainan pada kedua jenis medium ini, ia hanya terletak kepada campuran dan tekstur yang berbeza. Serum dikenalpasti lebih pekat, kaya dengan konsentrasi dan berkesan efektif, berbanding essences yang lebih cair dengan tekstur yang lebih fluid (ex. SK-II Facial Treatment Essence).

Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan istilah untuk tujuan pemasaran. Di Korea misalnya, for example, Estee Lauder’s Advanced Night Repair Serum dikenalpasti sebagai “essence.”




OK TAPI.... MAHAL

Ya, harga serum lebih tinggi berbanding set penjagaan wajah yang lain namun perbezaan ini semestinya berkadaran dengan nilai keberkesanannya. Serum mempunyai tekstur yang pekat namun mudah diserap kulit, lebih kaya dengan konsentrasi dan lebih efektif. Jadi dibandingkan dengan nilai wang yang anda belanjakan dalam sebotol serum, anda untung kerana manfaat yang dijanjikannya lebih untuk tujuan merawat dari dalam.




ADAKAH SERUM TAMAT TEMPOH DENGAN LEBIH CEPAT?

Sesetengah bahan aktif yang terkandung dalam serum  didapati berubah bentuk fiziknya (unstable) apabila terdedah kepada udara atau teroksida. Ascorbic acid (vitamin C), sebagai contohnya, mudah teroksida dan hilang kesannya pada tempoh masa tertentu (over time). Namun, terima kasih kepada kemajuan sains yang juga telah menghasilkan penemuan baru bagi kandungan bahan-bahan asas dalam versi yang lebih baik (water soluble dan sebagainya), yang lebih tahan lama, juga yang lebih memanafaatkan kulit anda! Syarat utama dengan menyimpan serum dan barangan perawatan wajah yang lain di tempat yang dingin dan kering - kebanyakan skincare perlu digunakan dalam tempoh 6 bulan ke setahun dari tarikh dikilangkan.



ADAKAH SERUM SESUAI DENGAN KULIT ANDA?

Bergantung. Apa yang penting, anda perlu tahu kandungannya terlebih dahulu untuk mengetahui kesesuaiannya dengan kondisi kulit anda. Kebiasaanya sekiranya anda mempunyai....

Kulit sensitif/berjerawat/acne:

Cari Vitamin C (meningkatkan kadar penghasilan kolagen, mempertingkatkan proses perawatan kulit, dan meredakan kerengsaan/keradangan), retinol (juga antioxidant, meredakan kerengsaan/keradangan), zinc (melegakan kerengsaan, melancarkan penghasilan minyak), and salicylic acid (merawat pori terbuka).

Kulit Kering: 

Pilih Vitamin E (Antioxidant, melindungi sel dari kesan teroksida), niacinamide (memperbaiki elastisiti kulit, meningkatkan kadar ceramide dalam kulit), glycolic acid (membuang sel mati pada kulit dan mencerahkan kulit), and hyaluronic acid (mengawal lembapan 1000 kali beratnya).



Kulit Kusam: 

Ketahui Antioxidants seperti ekstrak green tea, resveratrol, ferulic acid (menghalang radiasi bebas, meningkatkan keberkesanan tabir suria, dan menggalakkan pembaikian dan penyembuhan struktur sel pada sebelah malam). 




Nota Peringatan: Oleh kerana serum sangatlah berkesan, pemakaian yang banyak dan kerap tidaklah menjadikan kulit anda lebih baik. Hati-hati dengan kadar penggunaannya. Bahan kandungan yang berkuasa tinggi boleh menyebabkan keradangan pada kulit sensitif. Always patch test accordingly. Mulakan dengan spot kecil sebelum memakai pada keseluruhan wajah.


DR.FABULOUS 24K Gold Infused Youthful Serum mengandungi

  • Glycerin
  • Pure Floral Water
  • Distilled Water
  • Hyaluronic Acid [HA]
  • Vitamin E
  • Argain Oil
  • Arbutin
  • 24k Gold Flakes
  • Phenoxyethanol 
Ketahui fungsi bahan kandungan yang terdapat dalam serum kami dalam posting yang akan datang!




Comments

Post a Comment

Popular Posts